Sama ada pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) mahupun faktor kemelesetan nilai ringgit, ianya sedikit sebanyak menyebabkan masyarakat umum khususnya golongan berpendapatan sederhana ke bawah akan mengamalkan tabiat perbelanjaan yang lebih berjimat. Memetik laporan Malay Mail Online, situasi sedemikian mungkin merupakan antara faktor utama bahawa sejak beberapa tahun lalu, banyak jenama dan syarikat luar negara yang melabur di negara kita mengalami masalah kewangan sehinggakan ada sebahagiannya terpaksa gulung tikar. Berikut adalah antara syarikat francais yang ditutup: 1. Restoran Tim Ho Wan dari Hong Kong 2. True Fitness dari Singapura 3. Tous Les Jours dari Korea Selatan 4. Pumpkin Patch dari New Zealand 5. Delifrance dari Perancis 6. Beg tangan dan aksesori Paris Hilton dari Amerika Syarikat 7. Bulgogi Brothers dari Korea Selatan Difahamkan, pada tahun lalu sebanyak 68 cawangan bank daripada 63 institusi bank di seluruh negara berdepan nasib tutup kedai. Akibatnya seramai 1,425 pekerja terpaksa diberhentikan dalam tempoh masa enam bulan. Popular Post: Gangguan seksual dan pemerkosaan di Jalan Raya LondonTag: Borak Ola Gossip |
Categories
All
Article Search
February 2019
Popular Post |