Gangguan seksual dan pemerkosaan adalah jenayah yang paling kerap berlaku di seluruh dunia. Lazimnya, wanita dan kanak-kanak perempuan sering dilaporkan menjadi mangsa lelaki gila seks.
Walau bagaimanapun, gangguan seksual bukan sahaja boleh terjadi dengan berlainan jantina malahan ia juga boleh terjadi sesama jantina iaitu lelaki terhadap lelaki dan perempuan terhadap perempuan.
Pelbagai usaha pencegahan dan kempen anti rogol telah banyak kali dijalankan di seluruh dunia namun usaha tersebut bagaikan tidak memberi kesan yang efektif terhadap penurunan kadar jenayah rogol.
Menyedari usaha berterusan perlu dilakukan, seorang model bernama Milo Moire dari Switzerland menjadi perbualan hangat di media sosial kerana dia telah melakukan sesuatu yang agak berlainan dalam usahanya untuk mencegah kes rogol.
Milo akan berjalan di khalayak ramai dan ditemani oleh jurugambar, dan ketika itulah Milo mengumumkan kepada orang ramai yang lalu lalang untuk memegang buah dadanya atau alat kelaminnya.
Bergantung kepada apa yang akan dihidangkannya kepada orang ramai, sekiranya dia meminta untuk kemaluannya disentuh maka Milo akan mengenakan skirt berbentuk kotak dan di dalamnya mengandungi kamera manakala bahagian luar mempunyai lubang untuk orang awam menghulurkan “hidangan” dari Milo
Sekiranya tawaran untuk buah dada pula, Milo akan mengenakan pakaian seperti kotak pula. Manakala kemudahannya tetap sama iaitu memiliki lubang untuk huluran tangan, serta di dalamnya mempunyai kamera.
Tawaran tidak melebih 30 saat untuk setiap sentuhan kerana itulah sebenarnya tujuan utama dari Milo iaitu harus menghormati apa yang wanita mahu iaitu penghormatan untuk tidak disentuh oleh lelaki. Jangan lakukan itu, bermaksud Jangan! Popular Post: Taikun perjudian ditawarkan imuniti dan keistimewaan oleh pihak kuasa?Tag: Borak Ola Gossip |
Categories
All
Article Search
February 2019
Popular Post |