Penyanyi legenda tanah air, Tan Sri SM Salim meninggal dunia petang ini pada usia 88 tahun di kediamannya di Ukay Perdana kerana sakit tua.Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza menyifatkan pemergian seniman Tan Sri SM Salim sebagai satu kehilangan tokoh seni serba boleh kepada industri muzik Malaysia. "Beliau seperti ayahanda yang banyak memberi nasihat dan contoh yang baik serta ilmu yang boleh dimanfaatkan oleh generasi muda seperti saya dan rakan-rakan artis yang lain," jelas Datuk Siti Nurhaliza yang pernah berduet dengan Allahyarham menerusi lagu popular Pandang-Pandang Jeling-Jeling. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.44 petang selepas tenat sejak awal pagi semalam sehingga terpaksa diberi alat bantuan pernafasan. "Dukacita saya maklumkan bahawa Tan Sri SM Salim sudah meninggal dunia pada pukul 5.44 petang," kata wakil keluarga Allahyarham SM Salim atau nama sebenarnya Sheikh Salim Sheikh Muhammad Al Mahros, memulakan kariernya sebagai penyanyi pada tahun 1950an dan merupakan pendukung gigih lagu-lagu Melayu klasik. -Bernama- Popular Post: Suri Hati Mr. Pilot telah menjadi Drama...Tag: Borak Ola Semasa |
Categories
All
Article Search
February 2019
Popular Post |