Makanan berlemak dan rasa masin yang menyeimbangi rasa manis pulut ini sememangnya akan membuat sesiapa sahaja terliur!Bagi yang ingin mencuba membuatnya sendiri, sangat digalakkan kerana caranya mudah saja selain tidak terlalu mahal. Bagi yang mahu membeli saja, silakan. Tapi percayalah anda akan berasa lebih puas melayan pemanis mulut hasil daripada air tangan sendiri! Bahan-bahan untuk pulut mangga: 400 gram beras pulut, rendam semalaman 1 cawan santan pekat 1 cawan santan cair 2-3 sudu besar gula sedikit garam beberapa helai daun pandan, atau daun pisang 2 sudu besar bijan, dibakar tanpa minyak untuk taburan 3 biji mangga Bahan untuk kuah santan: 1 cawan santan pekat 1 sudu kecil tepung beras atau tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air 1 helai daun pandan, carik dan simpul Garam secukup rasa (biar kuah agak masin atau ikut cita rasa) Cara-cara untuk pulut: 1. Panaskan pengukus dan lapik dulang pengukus dengan daun pisang atau susun daun pandan rapat-rapat. 2. Bilas pulut yang telah direndam semalaman dan tapis keluar airnya. Masukkan ke dalam dulang kukusan dan kukus selama 20 minit atau sehingga lembut. 3. Apabila sudah lembut, angkat dan masukkan pulut kukus ke dalam mangkuk yang besar. 4. Satukan santan pekat, santan cair, gula dan garam dan kacau sebati. 5. Tuang bancuhan santan ke dalam pulut yang masih panas tadi. Balik-balikkan pulut dan biar seketika supaya kuah bancuhan meresap ke dalam pulut. Apabila pulut sudah kering meresap kuah santan, ambil garpu dan gemburkan pulut. 6. Hidang bersama kuah santan, buah mangga dan taburan bijan. Cara-cara untuk kuah santan: 1. Panaskan santan pekat di dalam periuk dan masak di atas api yang sederhana. Masukkan garam, daun pandan dan bancuhan tepung. Teruskan kacau supaya santan tidak berketul. Kalau agak cair masukkan sedikit lagi bancuhan tepung. Anda boleh agak-agak kepekatan di sini. 2. Pastikan kuah mempunyai rasa yang agak masin supaya dapat menyeimbangi rasa manis buah dan pulut. Angkat dan sejukkan. Siap dihidang! Series bukan hidung saja terangkat dengan aroma pulut mangga Thai Special ini, kepala pun boleh melayang melayan keenakannya. Lazat tak terkata! Selamat mencuba semua. Popular Post: Steamboat BBQ Buffet yang Berhalal di Shah AlamTag: Borak Ola Gossip |
Categories
All
Article Search
February 2019
Popular Post |