Mengapa bersusah payah bermain untuk Argentina? Itu merupakan persoalan yang ditimbulkan oleh Mariano Andujar, yang menyifatkan Lionel Messi tidak dihargai oleh negara kelahirannya.Penjaga gol Argentina goalkeeper Andujar mempertahankan rakan sepasukannya, yang dikritik hebat selepas digantung empat perlawanan apabila mengeluarkan kata-kata kesat kepada penjaga garisan dalam perlawanan kelayakan zon Amerika Selatan berdepan Chile. Andujar berasakan pemenang Ballon d'Or lima kali, Messi yang telah mengambil keputusan untuk bersara seketika selepas Copa America Centenario tahun lalu -- tidak diberikan layanan yang setimpal di negaranya. "Sejujurnya, Messi tidak seharusnya kembali beraksi, tetapi dia sangat mencintai bola sepak dan kembali bermain bersama Argentina," kata Andujar. "Tetapi mengapa bersusah payah bermain untuk Argentina? Supaya anda boleh dicemuh sekali lagi? "Tiada siapa yang menghargainya. Setiap orang berkata 'mengapa Messi tidak bermain di Argentina sama seperti beraksi untuk Barcelona,' mereka mendakwanya tidak kisah dengan apa yang terjadi kepada La Albiceleste. "Dia telah memberitahu dia tidak akan kembali bermain dan mereka mula meletakkan kain rentang memintanya supaya kembali beraksi; anda tidak menghargai apa yang anda miliki sehingga kehilangannya." Popular Post: IBRAHIMOVIC MAMPU KETEPIKAN MESSI, RONALDO!!Tag: Borak Ola Bola |
Categories
All
Article Search
February 2019
Popular Post |