Biasa kita lihat laut yang berwarna biru kehijauan, bunga dan pelangi yang berwarna-warni tapi bagaimana pula dengan keindahan ciptaan-Nya yang berwarna merah jambu? Sudah pasti ianya kelihatan cantik dan mengagumkan!1. Pantai Pink Pulau Komodo di Indonesia Pulau indah ini memiliki pasir yang berwarna merah jambu. Terletak di Taman Nasional Pulau Komodo, Flores, pulau ini kaya dengan keindahan semula jadi dan menjadi tumpuan para pelancong dari serata dunia. 2. Tasik Hillier, Australia Tasik ini terkenal kerana warna airnya yang berwarna merah jambu. Ia terletak di Middle Island, Kepulauan Recherche, Australia Barat. 3. Ikan Lumba-Lumba Merah Jambu di Jepun Ikan berwarna merah jambu ini memang jarang-jarang ditemui. Lihat sahaja gambarnya, comel belaka bukan? 4.Valley of Flower, Uttarakhand - India Terletak di kaki Himalaya, tempat ini dikenali sebagai syurga bunga. Terdapat lebih dari 650 spesies bunga yang tumbuh meliar di sini. 5. Burung Flamingo Merah Jambu Haiwan ini mempunyai bulu merah jambu yang sangat cantik. Spesies ini memang istimewa sehingga diangkat sebagai haiwan kebangsaan Bahamas. Popular Post: Cuti di Pulau Tioman MalaysiaTag:Borak Ola Gossip |
Categories
All
Article Search
February 2019
Popular Post |