Pemain berusia 31 tahun itu memenangi kejuaraan Liga Juara-Juara dan Piala Kelab Dunia bersama Real Madrid dan menamatkan penantian Portugal untuk menjulang trofi Euro 2016.CRISTIANO Ronaldo menambah satu lagi pengiktirafan untuk mengiringi kejayaannya sepanjang tahun ini bersama kelab mahupun negara. Ia bagaikan masih belum mencukupi, Ronaldo turut menakluk dunia media sosial -- setidak-tidaknya berbanding atlet berprofil tinggi yang lain. Dikalangan atlet di seluruh dunia, tiga status yang dimuat naik bekas pemain Manchester United itu di Facebook dan lima di Instagram menjadi tumpuan utama, menurut aplikasi analisis sosial yang dijanakan oleh CrowdTangle. Statusnya yang paling popular berjaya menarik perhatian seramai 34 juta pengguna media sosial. Menurut laporan, perkongsian gambarnya yang memegang trofi Euro 2016, adegannya meraikan hari jadi bersama anaknya serta meraikan kejayaan skuad Portugal di dalam kapal terbang telah berjaya membina interaksi di kalangan 7.4 juta pengguna media sosial. Status Twitter paling menarik jatuh kepada atlet gimnastik Amerika Syarikat, Simone Biles, manakala pengumuman Zlatan Ibrahimovic ke Manchester United adalah berita paling menggemparkan dalam bola sepak apabila menarik perhatian seramai 486,000 pengguna media sosial. Status itu diukur menerusi jumlah interaksi yang diterima mereka. Rujukan: astroawan1 Popular Post: Gambar Lucah Atikah Suhaimie menjadi carian Google MY 2016Tag: Borak Ola Bola |
Categories
All
Article Search
February 2019
Popular Post |