KUALA TERENGGANU: Jumlah mangsa banjir di tiga pusat pemindahan di Kemaman kekal 111 orang daripada 27 keluarga pagi ini. Jurucakap bilik gerakan banjir negeri, berkata pusat pemindahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Badrul Alam Shah mencatat jumlah mangsa teramai iaitu 58 orang daripada 14 keluarga. Ia diikuti pusat pemindahan Balai Raya Padang Kemunting yang menempatkan seramai 32 mangsa daripada tujuh keluarga. "Bilangan mangsa banjir di Balai Raya Kampung Batu 9, Ibok, pula menempatkan seramai 21 mangsa daripada enam keluarga," katanya ketika dihubungi pagi ini. Popular Post: Pesawat Afriqiyah Airways dirampas dengan 118 penumpangTag: Borak Ola Semasa |
Categories
All
Article Search
February 2019
Popular Post |