Syarikat Walt Disney bertegas tidak akan membenarkan sebarang suntingan pada filem Beauty and the Beast yang sepatutnya dijadualkan ditayangkan di Malaysia pada Khamis ini. Bloomberg melaporkan, syarikat itu tidak akan membenarkan filem itu ditayangkan dengan adegan yang sudah disunting sedikit. “Filem ini tidak pernah dan tidak akan disunting untuk tayangan di Malaysia,” kata Disney dalam satu kenyataan melalui emel kepada agensi berita itu. Terdahulu, Lembaga Penapisan Malaysia (LPF) berkata, pihaknya memberi lampu hijau terhadap filem Beauty and the Beast ditayangkan di Malaysia dengan sedikit suntingan dan diklasifikasikan sebagai filem P13 iaitu bimbingan ibu bapa untuk kanak-kanak bawah umur 13 tahun. Filem itu mencetuskan kontroversi apabila pengarahnya Bill Condon memberitahu majalah Attitude di United Kingdom bahawa karektor Le Fou dilakonkan oleh Josh Gad adalah seorang gay. Rusia telah mengenakan sekatan ke atas filem ini dengan kanak-kanak di bawah umur 16 dilarang daripada menontonnya. Pawagam pandu lalu di Alabama, Amerika Syarikat juga mengharamkan filem ditayangkan kerana watak gay Popular Post: Korea Utara Vs MalaysiaTag: Borak Ola Semasa |
Categories
All
Article Search
February 2019
Popular Post |