"Bagi saya, jawatan-jawatan ini saya tahan untuk membantu masyarakat tidak dapat digunakan sepenuhnya. Selepas ini, saya akan mengendalikan perniagaan perjudian haram seperti taikun perjudian yang lain kerana ia menawarkan imuniti dan keistimewaan berbanding dengan jawatan sebagai pemimpin masyarakat, " katanya yang dipetik oleh akhbar Sinar Harian. Ketua Umno bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md. Yunos akan meletakkan jawatannya dalam parti sebagai ketua bahagian UMNO, Pengerusi Barisan Nasional Sg Besar, Pengerusi NGO Selangor pada hari ini. Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata "Kami akan mengambil tindakan terhadap mana-mana premis perjudian yang tidak berlesen. Dia (Jamal) membuat andaian bahawa pihak berkuasa penguatkuasaan tidak melakukan tugas mereka. Lagipun kami telah berulang kali memaklumkan kepada orang ramai untuk menyampaikan maklumat kepada kami jika ada sesuatu aktiviti yang mencurigakan di kawasan mereka yang perlu disemak," katanya kepada akhbar New Straits Times. Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata ia jelas satu kesalahan bagi seseorang untuk mengendalikan perjudian haram. Adakah Taikun perjudian ditawarkan imuniti dan keistimewaan oleh pihak kuasa seperti yang disebut oleh Jamal adalah benar? Kenapa banyak perjudian haram tidak pernah dihentikan selama ini sampai sekarang? Popular Post: Mengapa No.7 melambangkan Bertuah?Tag: Borak Ola Semasa |
Categories
All
Article Search
February 2019
Popular Post |