Serangan Bandar Judi Las Vegas: 59 terbunuh, 527 cedera serangan tembakan rambang
Sekurang-kurangnya 58 orang terbunuh dalam kejadian tembakan rambang di Las Vegas. Kejadian pada malam Ahad 1 Okt 2017 waktu tempatan itu berlaku ketika sebuah konsert berlangsung.
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyifatkan, lelaki bersenjata dalam insiden tembakan besar-besaran di bandar judi Las Vegas kelmarin adalah 'seorang individu sakit'. Pada masa sama, undang-undang pemilikan senjata api akan dibincangkan dalam masa terdekat.
Penyanyi kumpulan Country, Big And Rich menzahirkan rasa sedih dengan tragedi menimpa penonton yang sedang menyaksikan persembahan mereka di Las Vegas Casino City. Menurut John Rich dan Big Kenny, mereka dapat melihat tragedi itu dengan jelas dari atas pentas.
Suspek serangan Bandar Judi Las Vegas, Stephen Paddock, 64 tahun dipercayai menggunakan 23 senjata jenis semi-automatik beserta dua tripod yang diletakkan di dalam 10 beg. Menurut polis, senjata yang digunakan suspek telah diubah suai. Menurut abang suspek, Stephen Craig Paddock adalah seorang jutawan dan mempunyai pelaburan yang banyak dalam hartanah. Craig juga pernah berkerja sebagai seorang akauntan.
Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terbabit dalam kejadian serangan tembakan di konsert muzik di Bandar Judi Las Vegas, Amerika Syarikat. Jurucakap Wisma Putra berkata pihaknya telah menghubungi kedutaan malaysia di Amerika Syarikat bagi mengesahkan maklumat itu termasuk untuk mendapatkan perkembangan lanjut insiden berkenaan.
Popular Post: Free Kredit tanpa DepositTag: Borak Ola Semasa |
Categories
All
Article Search
February 2019
Popular Post |