Sebuah pesawat domestik Libya dilaporkan telah dirampas sebelum berubah laluan dan telah mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa MaltaDua perampas dikatakan mengancam untuk meletupkan pesawat jenis Airbus 320 yang sedang membawa 118 penumpang termasuk tujuh anak kapal. Perampas terbabit dikatakan memaklumkan kepada anak kapal yang mereka adalah dari kumpulan 'pro-Gaddafi' dan akan melepaskan kesemua 111 penumpang, namun tidak tujuh anak kapalnya. Sehingga kini masih belum jelas apakah tuntutan mereka dan sama ada mereka bertindak sendirian. Bekas pemimpin Libya Muammar Gaddafi meninggal dunia pada 2011 sewaktu berlaku kebangkitan di negara itu. Sejak itu Libya bergelumang dengan situasi ketidakpastian. Enjin pesawat juga tidak dimatikan selepas 45 minit mendarat pada lewat pagi waktu tempatan. Pesawat milik Afriqiyah Airways terbabit berlepas dari Sebha ke barat daya Libya dan sedang menuju ke Tripoli sebelum dirampas. Malta terletak kira-kira 500 km ke utara perairan Libya. Perdana Menteri Malta Joseph Muscat dalam tweetnya berkata “Saya dimaklumkan berlaku situasi rampasan sebuah pesawat Libya yang dialihkan ke Malta, Pihak keselamatan dan operasi sedang bersiap sedia." Muscat turut mengesahkan terdapat 111 penumpang, 82 lelaki, 28 wanita dan seorang bayi sedang berada di dalam pesawat itu sewaktu ia dirampas. Rujukan:astroawani Popular Post: Selepas Jamal,Mr Kipidap pula lagi!Post: Borak Ola Semasa |
Categories
All
Article Search
February 2019
Popular Post |