Viral di media sosial Vietnam apabila satu video menunjukkan dua wanita dibelasah di muat naik di sebuah laman Facebook popular di negara itu.
Dua wanita tersebut bukan sahaja ditampar dan ditendang di bahagian kepala, malah turut dilempang menggunakan selipar berkali-kali. Tidak diketahui apakah punca sebenar dua wanita itu dipukul tetapi tindakan sekumpulan pelaku itu amat keterlaluan.
Video berdurasi 1 minit 37 saat itu menjadi bualan hangat bukan sahaja dikalangan netizen di Vietnam, malah kini sudah mula viral di media sosial Malaysia.
Netizen menunjukkan amarah dan mengecam tindakan sekumpulan wanita itu sehingga video tersebut kini telah ditonton hampir 4 juta kali. |
Categories
All
Article Search
February 2019
Popular Post |