Jika Bagi BR1M Penuh Rakyat Mungkin Beli Iphone- Ahmad Maslan.Seorang pengguna Facebook bernama Khairil Anuar b Hussin Khai telah berkongsi dua keping gambar yang menunjukkan seorang penerima BR1M jatuh pengsan ketika menunggu giliran untuk menerima pembayaran BR1M. Berikut adalah status beliau mengenai kejadian yang difahamkan berlaku di Perlis semalam. Pakat beratur nk ambik BR1M dekat Negeri Perlis yang buat secara manual. Berdiri sampai jatuh pensan pun ada,yang berdiri selama 2 jam pun ada. Benda yg senang buat bagi jadi susah..wahai penduduk perlis semua,dah jadi mcm ni... Menurut Khairil Anuar, pembayaran BR1M masih lagi dilakukan secara "manual" di negeri Perlis. Andai benar dakwaan ini, pihak berwajib perlulah mengkaji semula cara pembayaran BR1M di negeri Perlis agar kejadian seperti ini tidak lagi berulang. Datuk Ahmad Maslan menerangkan pemberian tunai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dibayar secara ansuran supaya ia tidak disalahgunakan untuk membeli barangan mewah seperti itu. BR1M dinaikkan dari RM450 ke RM750 dan dari RM650 ke RM950 bagi isi rumah berpendapatan rendah dalam kategori berbeza mulai tahun depan, dan akan diberi secara ansuran, dan bukan sekaligus seperti sebelum ini. "Kalau diberi sekaligus RM950, dan bukannya tiga kali ansuran pada Januari, Mei dan September, mungkin kita boleh lihat rakyat mula membeli telefon bimbit baru seperti iPhone 6," katanya. Sambil berkata demikian, Timbalan Menteri Kewangan itu dengan bangga menunjukkan iPhone 6 baru miliknya yang katanya dibelikan oleh anaknya di London selepas menamatkan pengajian baru-baru ini. Popular Post: Kebenaran yang sedih mengenai keseronokan Nokia3310Tag: Borak Ola Semasa |
Categories
All
Article Search
February 2019
Popular Post |