LA UNION (Colombia): Bola sepak dunia berkabung hari ini selepas tragedi pesawat terhempas di pergunungan Colombia semalam yang turut membawa satu pasukan bola sepak dari Brazil dengan mengorbankan 71 orang. Persekutuan Bola Sepak Amerika Selatan (Conmebol) mengumumkan pusingan akhir saingan bola sepak Piala Sudamericana Amerika Selatan ditangguhkan susulan tragedi pesawat terhempas di Colombia yang dilaporkan membawa pasukan dari Brazil. Legenda bola sepak Brazil, Pele dan Maradona dari Argentina termasuk bintang semasa, Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo mengetuai yang lain merakamkan takziah kepada kelab Chapecoense Real, sebuah pasukan sederhana yang sedang mencipta nama namun terjejas akibat nahas berkenaan. "Kesakitan ini amat terasa. Kita baru saja mahu berjaya, saya tidak katakan kita teratas namun ke arah mencipta nama di peringkat kebangsaan, tragedi seperti ini pula menimpa," kata naib presiden kelab itu, Ivan Tozzo memberitahu stesen Globo SportTV. "Ia amat sukar, ia tragedi yang besar buat kami," katanya Selain pemain bola sepak dari Brazil, sewaktu kejadian pesawat LAMIAitu sedang membawa 81 penumpang. Enam orang dilaporkan terselamat setakat ini.
"Semua aktiviti persekutuan bola sepak akan digantung sehingga pengumuman selanjutnya," kata Conmebol dalam satu kenyataan hari ini. Rujukan: 1.http://www.astroawani.com/berita-sukan/pesawat-bawa-pasukan-brazil-terhempas-final-sudamericana-ditangguh-124186 2.http://www.bharian.com.my/node/218316 |
Categories
All
Article Search
February 2019
Popular Post |