Rasanya umum sudah tahu kisah seorang wanita Melayu Islam bertudung yang memelihara seekor anjing. Lantas tidak perlulah saya mengulangi apa yang ramai sudah maklum.Pun begitu yang ingin diketengahkan ialah reaksi Jakim terhadap apa yang wanita berkenaan lakukan. Kata Jakim, menerusi ketua pengarahnya Tan Sri Othman Mustapha, perbuatan itu “bercanggah dengan pegangan mazhab ‘uruf ( kebiasaan ) adat di Malaysia". Baiklah. No comment bak kata bahasa Inggeris . Kata Tan Sri Othman lagi, menurut mazhab tersebut umat Islam “dilarang sengaja menyentuh anjing kerana menajiskan diri tanpa tujuan munasabah". Dan menurut beliau “dalam mazhab Syafie, umat Islam tidak dibenarkan untuk menjadikan haiwan tersebut sebagai binatang peliharaan”. Ini juga tidak dipertikai. Benarkah umat Islam resah akibat tindakan wanita itu memegang dan memelihara anjing? Tentunya ada yang resah dan ada yang tidak. Ini berdasarkan lazim manusia. Kumpulan mana yang lebih ramai tidak akan diketahui. Rasanya tidak perlulah untuk kajian dijalankan atau statistik dikumpul hanya untuk tahu siapa resah siapa tidak hanya kerana seorang wanita Islam pelihara anjing. Beralih kepada satu lagi aspek kenyataan Tan Sri Othman ia itu Islam “tidak memandangkan keji“ anjing. Oleh itu katanya, dilarang menyeksa, memukul, dan membunuh anjing tanpa sebab. Mungkin pada wanita terbabit tindakanya memungut dan memelihara anjingnya suatu tindakan menyelamat haiwan itu daripada “kesengsaraan”. Menurut laporan ketika wanita itu menemui anjingnya haiwan itu sedang disediakan untuk “ditamatkan riwayatnya” oleh pihak berkuasa atas sebab sebab tertentu. Waullahualam. Ulasan atau komen juga perlu dibuat apabila Tan Sri Othman dipetik sebagai berkata “perbuatan wanita itu seolah olah cuba mencipta budaya baru yang boleh membawa kepada perbuatan menghina agama Islam”. Adakah agama semulia dan sebesar Islam boleh terhina dengan mudah? Popular Post: Bisnes Antarabangsa Bankrupt Di MalaysiaTag: Borak Ola Gossip |
Categories
All
Article Search
February 2019
Popular Post |