Alibaba Group dari China akan mengubah kawasan seluas 45 hektar di KLIA AeropolisAlibaba Group dari China akan mengubah kawasan seluas 45 hektar di KLIA Aeropolis kepada hab eFulfillment, iaitu hab e-dagang dan logistik bagi membantu pelepasan import dan eksport dengan lebih cepat. Memetik laporan Bernama, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, penubuhan hab itu, yang seiring dengan pelan induk transformasi Malaysia kepada ekonomi digital, akan menjadi yang pertama di dunia di luar China. "Hangzhou adalah hab untuk China dan Aeropolis adalah untuk Malaysia serta Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara. Kami akan jadikan (hab) ini menarik dan besar." Hab eFulfillment adalah sebahagian daripada inisiatif DGTZ Malaysia. DFTZ adalah satu inisiatif bagi penggabungan dan pertumbuhan pesat ekonomi Internet serta aktiviti e-dagang rentas sempadan. Ia mengandungi tiga komponen utama yang menggabungkan zon fizikal dan maya Popular Post: TMJ belum sah Presiden FAMTag: Borak Ola Semasa |
Categories
All
Article Search
February 2019
Popular Post |