Harith Iskander muncul juara pertandingan The Funniest Person In The World (TFPW)
KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara Harith Iskander muncul juara pertandingan The Funniest Person In The World (TFPW) di Levi, Finland.
Keputusan itu turut diumumkan menerusi twitter penganjur The Laugh Factory.
Harith mendapat undian tertinggi iaitu hampir empat juta undi berbanding empat peserta peringkat akhir lain.
Kemenangan itu mengambil kira markah daripada juri yang dicampur dengan undian penonton atas talian, yang mengikuti klip persembahan jenaka peserta melalui laman web LaughFactory.com
Dalam persembahan akhir tersebut, Harith bersaing dengan empat pelawak dunia lain seperti Alex Calleja daripada Filipina, Mino Van Nassau (India), David Kilimnick (Israel) dan Katerina Vrana (Greece)
​Juara TFPW menerima hadiah utama sebanyak AS$100,000 (RM444,845), manakala mereka yang berada di tempat kedua dan ketiga masing-masing akan menerima AS$10,000 (RM44,484) dan AS$ 5,000 (RM22, 242). TFPW dianjurkan antara lain untuk meraikan kepelbagaian budaya di seluruh dunia selain menyatukan manusia dan mempromosi keamanan melalui acara hiburan gelak ketawa. Rujukan:http://www.astroawani.com/berita-hiburan/tfpw-harith-iskander-juara-lawak-dunia-bawa-pulang-hadiah-100-000-125194 Popular Post:DJ Queena: Gambar koleksi yang seksi, Borak Ola Gossip |
Categories
All
Article Search
February 2019
Popular Post |