Memetik laporan Bernama, demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas Timbalan Pengarah Bank Negara Malaysia (BNM), Dr Rosli Yaakob berhubung kesan nilai ringgit yang terus merudum ke atas harga pasaran kereta tempatan. Harga pasaran kenderaan tempatan dan import yang dipasang di negara ini dijangka bakal meningkat sekitar 5 hingga 10 peratus berikutan kejatuhan nilai ringgit.
Beliau berkata, sekiranya nilai ringgit terus mengalami kejatuhan yang mendadak,kenaikan harga mungkin boleh mencecah sehingga 15 peratus. “Kenaikan itu berlaku apabila pengeluar kenderaan tempatan dan import yang dipasang di dalam negara tiada pilihan lain kecuali terpaksa membayar harga tinggi bagi mendapatkan komponen kenderaan masing-masing dari negara pengeluar." “Bagi memastikan kelangsungan perniagaan, pengeluar ini tiada pilihan kecuali terpaksa menaikkan harga pasaran kenderaan keluaran masing-masing." Mengulas lanjut, beliau berkata, walaupun kereta seperti Proton dan Perodua adalah keluaran Malaysia, tetapi mereka banyak bergantung kepada komponen diimport. Terdahulu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Aminar Rashid Salleh berkata, Perodua sedia mengkaji semula nilai pasaran harga keretanya jika ringgit terus lemah berbanding mata wang utama dunia. |
Categories
All
Article Search
February 2019
Popular Post |