PERSOALAN mengenai nama pelakon Hanez Suraya dan suaminya, Romie Razin yang tersenarai dalam kes MAL di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam akhirnya terjawab.Desas-desus yang bertiup kencang tentang keretakan rumahtangga Hanez Suraya dan Romie Razin akhirnya terjawab. Menerusi sumber, Hanez Suraya dilaporkan telah memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam terhadap suaminya Romie Razin Adilha Abd Rais. Namun begitu Hanez Suraya tidak hadir ke mahkamah sebaliknya hanya diwakili oleh peguamnya. Namun, Hanez dilaporkan masih bertindak ‘berdiam’ diri dan sehingga kini tiada penjelasan berhubung perkara terbabit. Pergolakan rumah tangga Hanez pernah menjadi liputan meluas beberapa bulan lalu namun dikhabarkan pasangan itu dipercayai cuba mencari jalan penyelesaian termasuk bercuti bersama di Jepun baru-baru ini. Difahamkan, Hanez pernah meluahkan keinginannya untuk kembali aktif berlakon awal tahun ini namun suaminya tidak memberi keizinan untuknya kembali ke dunia hiburan. Pasangan yang diijabkabulkan pada 25 Mac 2015 itu dikurniakan seorang anak perempuan, Puteri Aleesya, 13 bulan. Hanez Suraya telah cuba dihubungi oleh pihak media namun tiada sebarang reaksi yang diterima. Semoga Hanez Suraya akan tampil satu hari nanti untuk membuat penjelasan sekaligus merungkai segala persoalan yang bermain di kepala para peminatnya. Popular Post: Patung Barbie Orang BenarTag: Borak Ola Gossip |
Categories
All
Article Search
February 2019
Popular Post |