Rakyat muslim akan menjadi mangsa-kata Ketua Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama (Bippa) Angkatan Muda Keadilan, Wan Ji Wan Hussin.Pada 6 Februari lalu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selangor menyita lapan berus cat pelbagai jenis dipercayai diperbuat daripada bulu babi. "Pihak yang membangkitkan perkara begini, saya pesan supaya mereka beringat.-kata Wan Ji Wan Hussin. "Tindakan mereka itu hanya akan menyebabkan orang bukan Islam benci Islam, mereka (masyarakat bukan Islam) akan sinis terhadap Islam," katanya dalam kenyataan hari ini. Selain itu, dia berkata tadi, ada wartawan telefon, minta respon isu bulu babi yang sedang bising dalam media. Komen saya; 1. Semua mazhab kecuali syafie menyatakan bahawa babi hanya haram pada makan sahaja. Adapun sentuh, tidak haram. 2. Perkara ini jadi sensitif, kerana kejumudan fiqh. Ekoran itu, isu kasut kulit babi tidak berlaku isu sensitif dalam masyarakat yang ada keterbukaan fiqh. Yang berlaku sensitif, dalam masyarakat yang jumud fiqh. 3. Kalau ada pihak cakap, di Malaysia bermazhab syafie, macam mana pula? Jawapannya, di Malaysia zakat fitrah tidak ikut mazhab syafie. Dalam mazhab syafie, zakat fitrah menggunakan duit, zakat tak sah. Tp, tak ada seorang jadikan ia isu. 4. Pesanan saya, di Malaysia tidak perlu sentimenkan perkara2 sebegini. Sebaliknya, perlu ajar masyarakat keterbukaan fiqh, bukan kejumudan fiqh 5. Pihak yang bangkitkan perkara sebegini, saya pesan bahawa mereka kena ingat, tindakan mereka ini akan menyebabkan orang bukan Islam benci Islam, mereka akan sinis terhadap islam. Popular Post: Kenapa nama Najib berkaitan dengan Ayam di golongan Cina?Tag: Borak Ola Semasa |
Categories
All
Article Search
February 2019
Popular Post |