"Gudang ini dimiliki sebuah syarikat mengedar beberapa peralatan rumah termasuk alas kaki yang diperoleh dari Semarang, Indonesia dan ia akan dibekalkan di beberapa premis termasuk pasar raya di negeri ini dan Johor. "Semasa pemeriksaan kita mendapat kerjasama dari syarikat malah mereka telah pun mengasingkan alas-alas kaki ini. Sitaan dibuat untuk siasatan lanjut dan tujuan perlupusan dengan kerjasama KDN," ujar Ketua Pegawai Penguatkuasa JAIM, Rahimin Bani. Biadap! Itulah gambaran yang boleh diperkatakan terhadap penjualan beratus-ratus alas kaki yang mengandungi helaian kertas bercetak ayat al Quran!
Memetik laporan Sinar Harian, Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) menyita kira-kira 500 alas kaki tersebut yang didapati sebuah gudang barangan jualan keperluan rumah di Krubong, Melaka. Selain JAIM, sitaan tersebut dibuat dengan kerjasama Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al Quran, Kementerian Dalam Negeri (KDN) Melaka dan polis. |
Categories
All
Article Search
February 2019
Popular Post |