Seorang warga emas di Jertih, Terengganu dilaporkan wang EPF lesap entah ke mana. Mangsa, Zakaria Sadina, 78 hanya menyedari kehilangan wang KWSP miliknya selepas melakukan pemeriksaan potongan caruman di Pejabat KWSP Cawangan Jertih pada minggu lepas. “Sejak berkhidmat sebagai kakitangan awam selama 20 tahun sehingga pencen pada tahun 1985, saya tidak pernah melakukan sebarang pengeluaran wang KWSP.
“Memandangkan saya menerima pencen bulanan menyebabkan sebelum ini saya tidak mempedulikan sangat tentang caruman itu kerana saya menyangka mungkin tidak ada caruman sehinggalah diberitahu oleh seorang waris saya bahawa saya mempunyai caruman,” katanya, petik Sinar Harian. Kejadian seperti ini sekaligus menimbulkan keresahan di kalangan masyarakat. Tak mahu nasib yang sama terjadi kepada mereka, pihak KWSP diminta untuk memberi penjelasan. Malah ada di kalangan netizen yang melempiaskan kemarahan dengan mengatakan ia merupakan salah kerajaan yang mengambil kesempatan terhadap wang rakyat. |
Categories
All
Article Search
February 2019
Popular Post |