Pembayaran Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) bagi tahun 2017 telah dinaikkan meliputi semua empat golongan penerima.Bantuan BR1M 2017 akan melibatkan tujuh juta isi rumah di Malaysia membabitkan peruntukan RM6.8 bilion. Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) ini adalah untuk memastikan penerima BR1M berupaya untuk membuat pelan bajet dengan lebih baik, khususnya terhadap perbelanjaan dan keperluan harian masing-masing. Jadual, Tarikh Dan Jumlah Bayaran BR1M 2017 1. Tarikh pembayaran pertama pada Februari 2017
2. Tarikh pembayaran kedua pada Jun 2017
3. Tarikh pembayaran ketiga pada Ogos 2017
Nota: Tarikh tepat pembayaran dan jumlah bayaran BR1M akan dikemaskini kemudian. Siapa Yang Layak Menerima BR1M 2017?1. Pendapatan Isi Rumah Bawah RM3,000 Bagi isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM3,000, pembayaran BRIM telah dinaikkan dari RM1,050 ke RM1,200. 2. Pendapatan Isi Rumah RM3,000 Hingga RM4,000 Bagi isi rumah yang berpendapatan dari RM3,001 ke RM4,000, pembayaran BR1M dinaikkan dari RM800 ke RM900. 3. Individu Bujang Berpendapatan RM2,000 Ke Bawah Bagi individu bujang berpendapatan RM2,000 ke bawah dan berumur 21 tahun ke atas,, layak mendapat BR1M berjumlah RM450, berbanding RM400. 4. Isi Rumah Penerima eKasih Bagi kategori penerima e-kasih, kadar BR1M dinaikan daripada RM1,050 kepada RM1,200. Cara Pembayaran BR1M 20171. Akaun Bank Bagi penerima yang ada mengisi akaun bank semasa memohon, pembayaran akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank penerima. Pembayaran BRIM akan dikreditkan secara langsung dalam akaun bank penerima. 2. Baucer BR1M Bagi penerima BRIM yang tidak memberi maklumat berkaitan akaun bank, baucar BRIM akan dihantar ke alamat berkenaan dan baucar BRIM tersebut boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN). Popular Post: Pengumuman Rasmi Tarikh bayaran BR1M dari Pedana Menteri NajibTag: Borak Ola Gossip |
Categories
All
Article Search
February 2019
Popular Post |