Masalah bekalan air nampaknya mengundang pelbagai reaksi di media sosial. Ada yang mengkritik pengurusan sumber kerajaan negeri Selangor.Tidak kurang pula yang melihat dari sudut positif dan mencari jalan penyelesaian. Jika semalam Datuk Seri Jamal Md Yunos memuat naik video yang dirakam dalam bilik mandi kerana kesal terputus bekalan air, hari ini, selebriti media sosial, Abdul Rani Kulup pula berbuat demikian. "Air dah ada. Air dah ada. Air dah ada," katanya sambil tersenyum. Lucunya, meskipun dalam bilik air, dan baru hendak mandi, Abdul Rani masih lagi kekal dengan signature look berkaca mata hitam. Menyebut nama Tuhan beberapa kali menyatakan syukur, ia mengundang perasaan kurang senang dalam kalangan Netizen. Tidak manis menyebut nama Tuhan dalam tandas, kata mereka. Namun pantas dijelaskan Abdul Rani dalam caption video yang disunting kemudiannya. Abdul Rani sempat memberi nasihat kepada pengikutnya untuk mula menyimpan air kerana kemungkinan sambungan bekalan air itu cuma untuk sementara. Kalau nanti terputus kembali, setidak-tidaknya ada bekalan air yang disimpan di rumah. Beliau turut menyeru agar bekalan air digunakan secara berpada-pada dan berjimat. Rujukan: Astroawani Popular Post: Jamal Mahu Tumpang Mandi di Pejabat Menteri Besar SelangorTag: Borak Ola Semasa |
Categories
All
Article Search
February 2019
Popular Post |