Akhirnya hubungan pelakon dan pengacara Neelofa bersama Fattah Amin dapat dihidu pihak media dan ternyata ia telah pun retak.Paling mengharukan insiden tersebut berlaku gara-gara pelakon lelaki berkenaan kini dikatakan mempunyai hubungan istimewa dengan wanita lain, juga merupakan seorang pelakon berdarah campuran, petik laporan Mstar Online. Neelofa pula mengambil pendekatan tidak mahu mengulas panjang tentang perkara itu agar tidak memburukkan lagi keadaan. "Tidak adil kalau saya ulas perkara ini tanpa Fattah atau orang ketiga itu di sini dan tidak mahu ia akan jadi salah faham dan memburukkan lagi keadaan. "Saya baru tahu cerita ini cuma saya kesal cara saya mengetahui berita dakwaan ini dengan cara yang tidak elok," katanya kepada Mstar Online. Usahawan muda itu juga berkata dia tidak mahu terlalu memikirkan hal tersebut sehingga mengganggu fokusnya dalam kerjaya. Meskipun begitu, Neelofa mengakui hubungannya dengan Fattah kini dianggap berlangsung dengan rumit. "Bagaimanapun apa yang saya boleh katakan hubungan kami sekarang ialah complicated," katanya lagi. Popular Post: Jangan Pernah Percaya Mitos Tentang Bulu Pubis IniTag:Borak Ola Gossip |
Categories
All
Article Search
February 2019
Popular Post |