Wayne Rooney disarankan oleh dua legenda Manchester United untuk tidak meninggalkan Old Trafford dan menuju ke China.SEBUAH kelab terkaya yang beraksi dalam Liga Super China menawarkan bidaan kepada Manchester United untuk mendapatkan khidmat kapten pasukan itu, Wayne Rooney. Portal tersebut turut mendakwa United sedia melepaskan Rooney sekiranya mereka mendapatkan lampu hijau untuk mendapatkan mana-mana pemain bagi mengisi kekosongan tersebut. Difahamkan Rooney bakal menerima gaji sebanyak 500,000 pound seminggu (RM2.9 juta). Desas-desus itu membangkitkan rasa kurang senang Keane, dengan menganggap ketua pasukan Red Devils dan England berkenaan seharusnya terus kekal dalam kancah Eropah. "Tidak mungkin Wayne Rooney patut pergi ke China," katanya kepada ITV. "Dia masih boleh menampilkan permainan di peringkat tinggi di England, Jerman, Sepanyol dan Itali." Tambah Keane: "Pergi ke China? Ia sesuatu yang gila. "Dia baru berusia 31 tahun, masih banyak lagi masa untuk Wayne Rooney memberikan sumbangan hebat di Eropah." Scholes pun percaya Rooney berpotensi besar meninggalkan United. Ia tak keberatan kalau bekas rekan setimnya tersebut pergi ke mana saja, asalkan bukan China. Naib Pengerusi Eksekutif United, Ed Woodward minggu lalu mendedahkan bahawa China merupakan pasaran berguna kepada mereka untuk menjual mana-mana pemain kelab tersebut. Pada minggu lalu, bekas pengurus England, Sven Goran Eriksson yang kini bertugas sebagai pengurus di Shanghai Shenhua berkata perpindahan pemain seperti Rooney, Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi hanya menunggu masa sahaja untuk direalisasikan. Popular Post: Ronaldo menolak tawaran € 300m dari ChinaTag: Borak Ola Bola |
Categories
All
Article Search
February 2019
Popular Post |