Seorang lelaki diselamatkan daripada cubaan terjun dari sebuah menara telekomunikasi di Jalan Bundry, Kampung Panchor, Pantai Remis hari ini yang dipercayai mengalami masalah mental . Jurucakap bomba berkata apabila tiba di tempat kejadian didapati seorang lelaki berusia 33 tahun telah memanjat hingga ke peringkat ketiga menara telekomunikasi tersebut dan cuba untuk terjun.
Katanya, lelaki yang mempunyai rekod kesihatan menghidap sakit jantung dan lelah itu berada dalam keadaan separuh sedar. "Lelaki berkenaan akhirnya berjaya dipujuk dan dibawa turun dari menara telekomunikasi," katanya. Menurutnya, lelaki berkenaan kemudiannya diserahkan kepada pihak ambulans untuk diperiksa tahap kesihatannya. Rujukan:http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/lelaki-cuba-terjun-dari-menara-telekomunikasi-diselamatkan-1.417453 |
Categories
All
Article Search
February 2019
Popular Post |