Gara-gara dendam isteri keduanya diganggu, suami terbabit bertindak mengupah tiga lelaki untuk membunuh seorang lelaki berbangsa Indonesia di rumah yang bertempat di Kampung Melayu, Subang. Tiga suspek yang terbabit dalam pembunuhan itu termasuk seorang bekas anggota polis hanya diberi upah RM1,200 setiap seorang untuk membunuh mangsa dengan menggunakan parang yang diikat dengan galah sepanjang tiga meter. Mangsa disahkan meninggal dunia dua hari kemudian selepas dirawat di hospital itu. Keempat-empat suspek yang bertindak kejam itu ditahan reman seminggu untuk siasatan lanjut. Bekas anggota polis yang ditahan itu, merupakan anggota yang dipecat daripada perkhidmatan kerana mempunyai kes salah laku. Menurut Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Dr Abdul Aziz Awang Darus, mangsa yang ditikam itu dikenali sebagai Yanto berusia 20 tahun dikatakan mengalami pendarahan parah di perut dan dibawa ke Hospital Sungai Buloh oleh isterinya. |
Categories
All
Article Search
February 2019
Popular Post |