Pembayaran kad tanpa PIN akan dihentikan operasinya di Malaysia
Pembayaran kad tanpa PIN akan dihentikan operasinya di Malaysia tidak lama lagi, demikian menurut Persatuan Bank-Bank di Malaysia (ABM) dan Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM).
Sehubungan itu, kedua-dua persatuan mengingatkan semua peruncit dan pemegang kad supaya segera beralih ke sistem PIN serta menggunakan terminal yang dilengkapi sistem PIN bagi setiap transaksi pembayaran.
Dalam kenyataan bersama hari ini, persatuan itu menyatakan pihaknya dimaklumkan banyak peruncit sengaja tidak menggunakan sistem PIN kerana ingin mengelak daripada menyerahkan terminal pad PIN kepada pengguna bagi memasukkan nombor keselamatan mereka. Katanya, penggunaan PIN perlu digalakkan kerana lebih selamat dan pantas, justeru peruncit yang memiliki terminal sistem PIN sepatutnya menawarkan pengguna untuk memasukkan nombor PIN enam digit bagi menyelesaikan transaksi. "Bagi pengguna pula, mereka perlu mengetahui hak mereka dengan memasukkan PIN keselamatan bagi setiap transaksi dilakukan peruncit yang memiliki logo PIN & Pay logo, atau sekiranya mereka menyedari peruncit terbabit memiliki terminal sistem PIN," katanya. Menurut ABM dan AIBIM, pelaksanaan PIN & Pay di Malaysia sudah memasuki tahap besar-besaran dengan lonjakan agihan kad PIN baharu kepada pengguna serta jumlah terminal sistem PIN yang digunakan peruncit. Kempen "PIN and Pay" Rujukan: Beritahharian |
Categories
All
Article Search
February 2019
Popular Post |