Pengerusi Gerakan Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos hanya bertuala hadir ke pejabat Menteri Besar Selangor pagi tadi.Beliau yang juga Ketua UMNO Sungai Besar berbuat demikian sebagai tanda protes terhadap kerajaan negeri yang gagal mengurus masalah air di negeri itu. Jamal yang membawa peralatan mandian itu berkata, beliau ke situ dengan hasrat untuk menumpang mandi di pejabat menteri besar. “Saya cuma datang untuk menumpang mandi, sudah empat hari saya tidak mandi kerana ketiadaan air di rumah." “Lagipun, saya bukannya datang untuk membuat demo baju merah ataupun bawa senjata, jika tidak boleh di pejabat MB, di tingkat bawah pun jadilah,” katanya kepada pemberita di hadapan pagar pejabat SUK Selangor. Beliau yang tiba kira-kira jam 10.00 pagi itu menunggu hampir 45 minit sebelum beredar dari kawasan SUK. Dalam pada itu, beliau kecewa dengan kerajaan Selangor kerana tiada sebarang penambahbaikan yang dibuat oleh kerajaan negeri bagi menangani isu air.- Popular Post: Kebesaran MH370 mungkin tidak berada di kawasan pencarianTag: Borak Ola Semasa |
Categories
All
Article Search
February 2019
Popular Post |