Mengarut Sungguh Fitnah Terhadap Restoran Mamak. Sesedap rasa tuduhan dilemparkan terhadap restoran nasi kandar di negara ini menggunakan daging anjing bagi menggantikan daging kambing.Sesedap rasa tuduhan dilemparkan terhadap restoran nasi kandar di negara ini menggunakan daging anjing bagi menggantikan daging kambing. Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) menafikan dakwaan tersebut selepas ia menjadi viral di laman sosial, petik Mstar Online. Sebelum ini, seorang lelaki menggunakan nama Udin Di Raja memuat naik perkara itu kononnya restoran mamak di negara ini menjalan aktiviti kotor itu. “Artikel ini sebenarnya tersebar luas di stesen televisyen di Tamil Nadu, India sebelum ia diambil individu tidak bertanggungjawab di negara ini dengan menukar tajuk dan isi kandungan sebelum menyebarkannya hingga menjadi tular seolah-olah perkara itu berlaku di negara ini,” katanya pada sidang media di Restoran Nasi Kandar Nasmir di Auto City, Juru, semalam. Beliau sebelum itu membuat laporan di Balai Polis Bukit Tengah, di sini, berhubung perkara berkenaan. Kadhar Shah berkata, selain pemilik FB berkenaan, beliau menasihatkan orang ramai atau individu lain supaya tidak turut sama menyebarkan berita sama dan meminta tular itu dihentikan segera. Popular Post: Bapa dihukum penjara 54 tahun dan 21 kali sebatanTag: Borak Ola Semasa |
Categories
All
Article Search
February 2019
Popular Post |