Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara 54 tahun serta 21 sebatan setelah mengaku bersalah merogol anak kandungnya sendiriSeorang lelaki dari Sarawak Kuching Malaysia, dijatuhi hukuman penjara 54 tahun serta 21 sebatan setelah mengaku bersalah merogol anak kandungnya sendiri beberapa kali di kediaman mereka di Kampung Sinjan. Suspek berusia 40 tahun itu ditahan pada 25 November lalu sekitar jam 10.30 pagi selepas polis menerima laporan daripada ahli keluarga terdekat mangsa. Siasatan lanjut mendapati mangsa dipaksa melayan kemahuan seks ayahnya kerana terlalu takut dicederakan sekiranya enggan menuruti kehendak suspek. Mahkamah dalam pada itu memerintahkan mangsa dihantar ke Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk sesi kaunseling kerana mangsa didapati mengalami trauma teruk akibat kejadian tersebut. Mangsa merupakan anak kedua daripada enam adik-beradik dengan lima daripadanya adalah perempuan. Rujukan:AstroAwani Popular Post: Buaya menghadapi Trauma setelah tertelan Telefon Bimbit, Borak Ola Gossip |
Categories
All
Article Search
February 2019
Popular Post |