Ramai yang tidak menyedari bahawa Najib, selaku perdana menteri, berhak untuk menggunakan pesawat milik kerajaan.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed mempertahankan tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menggunakan pesawat kerajaan untuk bercuti bersama keluarganya di beberapa destinasi di Australia.
"Sebagai perdana menteri, beliau berhak untuk menggunakan pesawat itu," katanya hari ini. Nur Jazlan yang juga adalah ahli parlimen Pulai berkata walaupun adalah lebih elok jika Najib menguruskan penerbangannya secara peribadi, terdapat isu lain yang perlu dipertimbangkan. "Kadang-kadang untuk tujuan keselamatan adalah lebih baik untuk beliau (Najib) menggunakan kemudahannya sebagai perdana menteri untuk menguruskan pengangkutan yang diperlukan untuk bercuti," katanya. "Perdana menteri menggunakan jet itu untuk pergi bercuti. Ini adalah haknya. "Sama ada ini adalah sensitif dari segi politik atau tidak, bagi saya itu isu yang berasingan. Tetapi beliau berhak untuk menggunakan jet itu sebagai perdana menteri," katanya. Popular Post: Mat Rempit MalaysiaTag: Borak Ola Gossip |
Categories
All
Article Search
February 2019
Popular Post |