Pengguna mudah terperdaya dengan sesuatu produk selepas melihat testimoni yang dipamerkan tanpa menyedari ia boleh mengundang bahaya."Kalau satu satu produk kosmetik itu hanya mengandungi informasi di label di dalam bahasa asing, contohnya hanya dalam bahasa Thailand atau bahasa Cina, memang sah produk kesihatan itu tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Tambahnya, produk dari negara jiran juga kebanyakkannya mempunyai hidrokuinon, merkuri dan tretinon yang boleh mengakibatkan kecacatan pada bayi yang dikandung serta kemungkinan kanser kulit. Menurut pihaknya melalui Unit Siber Jenayah di Bahagian Penguatkuasaan Farmasi, Kementerian Kesihatan turut membuat pemantauan terhadap laman sosial seperti Facebook, Instagram termasuk laman sembang Wechat yang menjual produk-produk tidak berdaftar. "Bagaimanapun, kita percaya berlaku penyeludupan barangan terbabit dalam kuantiti yang kecil bagi mengelak dirampas dan berkemungkinan menggunakan laluan tikus. Sejak setahun lalu pihaknya telah beberapa kali mengambil tindakan dengan melaporkan pemilik laman sosial yang menawarkan iklan secara melampau-lampau kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM). Rujukan: Astroarwaniberitamalaysia Popular Post: Seluar Dalam Gadis telah dikunci, Borak Ola Lawa |
Categories
All
Article Search
February 2019
Popular Post |